
PETUA BAGI NASI:
Memutih Nasi
Letakkan satu sudu kecil air limau nipis pada nasi yang hendak dimasak.
Memasak Nasi yang
Mentah
Isi air di dalam cawan dan letakkan di dalam periuk yang berisi nasi. Tutup
periuk dan perlahankan api hingga nasi masak.
Mengelakkan Nasi
Hangit
Nasi yang dimasak
akan menjadi kurang enak jika didapati hangit. Caranya, sebelum memasak nasi,
masukkan satu sudu kecil marjerin ke dalam periuk.
Mengelakkan Bau Hangit Nasi
- Masukkan beberapa tangkai cili kering dan tutup dengan daun pisang. Bau hangit akan hilang.
- Ambil kulit bawang, cuci dan masukkan ke dalam periuk nasi yang hangit tadi dan tutupkan
- Ambil daun pandan, masukkan ke dalam mangkuk dan letakkan pada tengah-tengah nasi yang hangit.
Nasi Lambat Basi
- Ketika menanak nasi, masukkan dua hingga tiga kuntum bunga cengkih beserta secubit garam halus.
- Basuh beras hingga beras kelihatan putih. Masukkan air dan barulah ditanak seperti biasa.
Nasi Lembik
Anda mungkin tidak suka makan nasi lembik. Untuk mengelakkan pembaziran,
cubalah atasinya dengan cara ini. Masukkan dua bij telur ayam ke dalam periuk
nasi. Biarkan seketika, hasilnya nasi akan kering dengan sempurna.
Menyukat Air Untuk
Beras
Basuh beras seperti biasa. Masukkan ke dalam periuk. Sukat beras tersebut
dengan jari. Kemudian masukkan air pula yang jumlahn sukatannya sama dengan
sukatan beras.
Kurangkan
Ulat Beras (Bubuk)
Jika beras disimpan lama, tentu banyak bubuk akan ditemui di dalamnya. Untuk
mencegahnya ambil daun limau nipis dan masukkan ke dalam beras yang disimpan.
Selepas itu alaskan selapis lagi dan taruhkan beras di atasnya. Buat beberapa
lapis. Hasilnya beras anda tidak lagi di serang oleh bubuk.
![]() | ![]() |
PETUA BAGI SAYURAN
Petua Menyegarkan Sayuran
Sayuran yang disimpan didalam peti ais beberapa hari akan hilang kesegarannya. Cubalah rendamkan sayuran tadi di dalam air yang dicampurkan dengan sedikit cuka selama beberapa minit dan hasilnya juga akan menghilangkan kekotoran pada sayuran tadi.
Menghilangkan Pahit Peria
Untuk menghilangkan pahit peria, cuba potong peria dan rendam didalam air
berisi garam halus. Setelah lebih kurang 25 minit, toskan
dan sedia untuk dimasak.
Menyegarkan Sayuran Berdaun
Hiris sayur-sayuran itu terlebih
dahulu dan masukkan dalam beg plastik. Kemudian simpan ia di dalam peti sejuk.
Cara ini akan membuat sayur-sayuran itu
segar selama seminggu.Kaedah lain adalah rendam dua helai kertas kosong berwarna putih di dalam air selama dua atau tiga minit.Kemudian bungkus sayur-
sayuran itu dengan kertas tersebut sehingga tidak kelihatan daunnya. Masukkan atau balutkan pula dengan plastik yang lembab. Kesegaran sayur akan
bertahan selama 3 atau 4 hari. Cara ini sesuai bagi mereka yang tiada peti sejuk.
Tip Memilih Sayur - Sayuran
1. Kobis : Pilih jenis yang ringan dan rongganya besar-besar.
2. Sawi : Pilih sawi yang berdaun lebar tetapi batangnya kecil.
3. Timun : Pilih timun yang lurus dan pangkalnya kurang warna hijau tua.
4. Tomato : Pilih tomato yang warnanya kehijau-hijauan sedikit.
5. Ubi Keledek : Pilih buah yang lurus dan bersih kulitnya.
6. Bendi : Pastikan hujungnya lembut.
Menghilangkan
Lendir Pada Ubi Keladi
Caranya, kupas ubi keladi dan potonglah mengikut keperluan masakan. Sediakan
bekas yang berisi air yang telah dicampurkan dengan satu sudu teh kapur (makan)
sirih. Masukkan ubi keladi berkenaan dan basuhlah sehingga lendir-lendir
berkurangan. Toskan dan bilas denga air bersih.
Agar Sayuran
Celur Kelihatan Segar
Caranya, campur sedikit minyak masak ke dalam air yang digunakan untuk merebus,
sebelum sayur-sayuran dicelur. Setelah dicelur, toskan sayuran dari air rebusan
dan hidang. Sayur-sayuran tersebut akan sentiasa nampak segar dan berkilat.
Harumkan
Bawang Tumis
Bagi menaikkan bau wangi ketika menumis bawang putih pastikan bawang putih itu
dicincang dahulu. Untuk bawang merah pula, masukkan sedikit garam ketika
menumis. Pasti wangi baunya .
Mengurangkan Rasa Pedas Cili
Sebelum cili hijau, cili padi atau cili merah dimasak gulai, bukan sahaja tampuknya perlu dibuang tetapi bahagian hujung cili juga harus dibuang jika hendakmengurangkan rasa pedas apabila dimakan.
Mengelakkan
Pedih Mata Ketika Mengupas Bawang
Untuk mengatasi masalah pedih mata ketika mengupas bawang. Simpan bawang yang
hendak digunakan di dalam peti sejuk beberapa jam sebelum digunakan.Bawang akan lebih mudah dan cepat
disiangkan selepas dikeluarkan dari peti sejuk. atau; pedih mata boleh juga dielakkan dengan cara mengupas bawang di dalam air.
Merangupkan
Kentang Goreng
Caranya, setelah dikupas kulit, dibasuh dan dipotong, gaulkan kentang tersebut
dengan garam secukupnya sehingga rata. Kemudian masukkan kentang tersebut ke
dalam bekas yang berlubang seperti penapis santan dan toskan 1 - 2 jam hingga
kentang kering. Selepas itu gorenglah kentang tersebut menggunakan minyak yang
banyak di atas api sederhana agar betul-betul rangup. Pasti rangupnya seperti yang
dibeli dari kedai makanan segera.
Segarkan Taugeh
Taugeh akan menjadi segar walaupun berhari-hari sekiranya anda
mencampurkan perahan air limau nipis ke dalam air tempat anda merendamkan
taugeh. Tetapi pastikan anda menukar airnya setiap hari.
Cili Mesin Boleh Tahan Lama
Cili kering yang telah dimesin jika mahu disimpan lebih lama di dalam peti
sejuk supaya tidak bercendawan. Setelah dimesin, cili tersebut hendaklah
dipanaskan dengan memasukkan sedikit garam halus. Panaskan hingga kering
airnya. Setelah sejuk masukkan ke dalam bekas bertutup dan bolehlah disimpan di
dalam peti sejuk.
Kacang Bendi Tetap Segar
Didihkan air panas dan masukkan satu sudu kecil minyak masak. Kemudian rebuslah kacang bendi tanpa memotong mana-mana bahagian untuk mengelakkan ia dari berlendir. Tetapi, jangan merebus terlalu lama.

PETUA BAGI AYAM, IKAN, DAGING
Ikan Tidak Melekat Dikuali
Ketika menggoreng ikan, perap ikan bersama asam gelugur. Kemudian goreng asam
gelugur hingga hitam diikuti ikan. Hasilnya, ikan tidak melekat lagi.
Membersihkan Perut Lembu
Untuk memutihkan perut lembu, rendam dan gaulkannya dengan bancuhan kapur sirih
berserta rincikan daun pisang atau daun lalang. Lakukan beberapa ketika sebelum
dibilas dengan air bersih.
Cara Menghilangkan Bau Hamis Daging Kambing
Setelah dihiris daging itu, lumurkan dengan sedikit tepung gandum dan biar
selama 20 min. Bersihkan kemudian lumurkan pula dengan jus limau nipis atau
lemon biar rata (tidak perlu terlalu banyak). Biar 30 min kemudian bersihkan
dan sejatkan hingga daging betul-betul kering. Anda boleh juga masukkan 2-3
helai daun pandan di dalam masakan untuk menambahkan bau harum

PETUA BAGI TELUR
Memilih
Telur
Pilihlah yang segar dan tidak retak. Kulitnya kesat. Apabila digoncang dalamnya
padat.
Mengelakkan Telur Rebus Pecah
Didihkan dahulu air dengan garam.
Kemudian masukkan telur ke dalam air. Masukkan telur ke dalam plastik yang
berlubang atau bekas plastik yang berlubang sebelum memasukkan bekas/plastik ke
dalam periuk.
Menghilangkan Hanyir
Telur Goreng
Masukkan beberapa titis air asam limau ke
dalam telur. Kacau sehingga rata selepas itu barulah
digoreng.
Telur Tahan Lama
Bersihkan kesemua telur. Lapkan sehingga kering. Kemudian simpan telur dalam bekas yang berisi beras pulut. Nescaya telur tahan lama. Susunkan telur secara menonggeng (yang runcing di bawah) agar lebih tahan lama.
Mematikan Ikan Keli
Mematikan ikan keli dengan cara mengetuknya akan menyebabkan isi ikan
tersebut rosak. Cara yang paling mudah, masukkan secamca besar garam ke
dalam bekas ikan keli dan biarkan lebih kurang 15 minit. Ikan tersebut
akan mati.
Bersama teman di hujung pekan,
Menjamu enak si lauk ikan
Memilih makanan selamat dimakan
Yang berlemak elok djauhkan

